Sembang Maniac

Sembang-sembang je

British Telecom Menghentikan Perkhidmatan Pondok Telefon Awam

Pondok telefon awam British Telecom berwarna merah ialah antara objek ikonik yang akan dilihat pelancong ke UK. Pondok telefon ini sudah digunakan sejak 1920an bagi melindungi pengguna dari gangguan bunyi luar dan cuaca. Sejak peranti mudah alih menjadi semakin popular, penggunaan pondok telefon awam semakin berkurangan.

pondok-telefon-uk-1

Ia lebih kerap digunakan sebagai tempat tidur golongan gelandangan dan menampak iklan dewasa di kota London. Oleh sebab itu British Telecom (BT) mengumumkan perkhidmatan pondok telefon awam akan dihentikan bermula tahun hadapan

Pondok telefon sedia ada akan digantikan dengan kiosk yang menawarkan WiFi serta panggilan telefon percuma. Turut disertakan ialah alat pengecas peranti pintar bagi mereka yang memerlukan. Perubahan kepada kiosk baru ini akan bermula di London sebelum diperkenalkan ke seluruh United Kingdom. Pihak BT akan menampung kos operasi kiosk baru ini dengan menjual ruang iklan pada kawasan kiosk.

Perubahan fungsi pondok telefon oleh BT ini bukan perkara baru. Sebelum ini ada kami paparkan ia diubahsuai menjadi pejabat mini, kedai kopi dan kiosk pengecasan peranti Solarbox yang menggunakan sepenuhnya kuasa solar.

Di Malaysia pondok telefon awam  turut semakin dilupakan. Majoriti pondok telefon awam yang kami temui kini tinggal pondok dengan telefon sudah menjadi mangsa vandalisme ataupun dicuri oleh pengumpul barang lusuh.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "British Telecom Menghentikan Perkhidmatan Pondok Telefon Awam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info