Paint merupakan salah satu aplikasi popular pada sistem operasi Windows, dan digunakan ramai dalam membuat penyuntingan asas. Kini, sebuah video tertiris, memperlihatkan Microsoft bakal memberikan nafas baru untuk aplikasi Paint berkenaan tidak lama lagi.
Aplikasi Paint baru ini kelak dilihat akan mesra input berasaskan stylus dan skrin sentuh, serta menawarkan pelbagai ciri-ciri asas Paint beserta beberapa penambahan baru. Salah satunya adalah kebolehan membuat objek 3D terus pada Paint.
Microsoft dijangka akan memperkenalkan aplikasi Paint baru ini tidak lama lagi – berkemungkinan pada acara yang dijadualkan pada penghujung bulan ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Paint Baru Daripada Microsoft Diperlihatkan Dalam Video Tertiris"