Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Najib Razak Dilancarkan – Untuk Maklumat Terkini Mengenai Perdana Menteri

Di dalam sejarah Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak ialah Perdana Menteri yang paling aktif di atas talian. Akaun media sosial beliau diikuti jutaan rakyat yang ingin mengetahui perkembangan terkini beliau dan pentadbiran negara. Hari ini aplikasi peranti pintar Najib Razak dilancarkan bagi membolehkan rakyat mendapatkan maklumat terkini daripada beliau.

najib-razak-app-androidMelalui aplikasi ini anda boleh membaca status terkini media sosial Yang Amat Berhormat dari sumber rasmi. Segala polisi pentadbiran dan program beliau turut dapat dibaca dengan mudah. Di atas talian kini terdapat pelbagai berita tidak sahih dan berbaur fitnah. Bagi mendapatkan maklumat sahih inilah aplikasi yang wajib dimuat turun. Aplikasi Najib Razak boleh dimuat turun untuk platform Android dan iOS bermula hari ini. Aplikasi sudah dihasilkan, kini masa memuat turun.

Muat turun aplikasi Najib Razak dari Google Play Store

Muat turun aplikasi Najib Razak dari Apple App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Najib Razak Dilancarkan – Untuk Maklumat Terkini Mengenai Perdana Menteri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info