Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spesifikasi PC Untuk Civilisation VI Diumumkan

Civilisation ialah permainan aneh yang kami temui pada tahun 2002. Pada awalnya ia kelihatan seperti sebuah permainan turn based yang bosan kerana tiada aksi menarik serta grafik yang agak buruk. Tetapi apabila anda mula memainkannya, anda akan menjadi ketagih. Pada waktu yang sama Civilisation mengajar sejarah peradaban manusia dan pemain akan menyedari mengapa tamadun jatuh serta bangun.

Civilisation VI akan mula dijual pada 21 Oktober hadapan akan meneruskan  siri simulasi sejarah yang terbaik di dunia. Spesifikasi PC untuk permainan ini baru sahaja diumumkan dan menarik sekali ia adalah agak rendah. Anda hanya memerlukan sebuah Intel Core i5 dan GTX770 untuk memainkannya pada tetapan tinggi. Sudahkah anda bersedia untuk maraton Civilisation VI sepanjang malam?

Spesifikasi Civilisation VI
Pemproses Paling Minimum Intel Core i3 2.5 Ghz

AMD Phenom II 2.6 Ghz

Pemproses Disarankan Intel Core i5 2.5 Ghz Genarasi ke-empat

AMD FX8350 4.0 Ghz

Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GT 450

AMD Radeon HD 5570

 

Kad Grafik Disarankan Nvidia GeForce GTX 770

AMD Radeon HD 7970

RAM Paling Minimum 4 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 12 GB
Sistem Operasi Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi PC Untuk Civilisation VI Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info