Sony pada IFA 2016 telah mempelihatkan beberapa produk baru – seperti Xperia XZ, Xperia X Compact dan sebagainya, selain turut secara ringkas menyentuh mengenai penawaran robot akan datang daripada mereka.
Sony mengatakan mereka masih tidak mempunyai robot untuk diperlihatkan buat masa ini, tetapi mengatakan mereka sedang dalam proses membangunkan robot yang boleh membantu pengguna dalam pelbagai tugasan harian.
Menariknya, selain daripada membantu semata-mata, robot berkenaan juga boleh berhubung dengan pengguna dengan integrasi emosi.
Sony mengatakan mereka menjayakan perkara ini dengan mengintegrasikan kepakaran daripada kecerdasan pintar bersama-sama dengan kekuatan Sony dalam arena mekatronik, audio, video, komunikasi dan sebagainya.
Pihak Sony tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah mereka akan memperlihatkannya. Dengan perkongsian ini, dan persaingan dalam arena robotik, tidak mustahil kita melihat ia diperlihatkan pada tahun 2017 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Sedang Membangunkan Robot Untuk Membantu Anda Dan Berkomunikasi Secara Emosi"