Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pepijat EarPods Menyebabkannya Gagal Berfungsi Selepas Lima Minit

IPhone 7 tidak menyertakan bicu audio 3.5mm. Oleh itu fon telinga EarPods dengan sambungan Lightning disertakan dengan setiap pembelian. Sejumlah pengguna EarPods kini melaporkan masalah dengan fon telinga baru ini. Selepas digunakan selama lima minit, butang-butang kawalan yang terbina gagal berfungsi. Pengguna hanya boleh mengawal tahap suara dengan menekan butang pada iPhone 7 mereka.

Ini menyukarkan pengguna untuk menjawab panggilan telefon ketika mendengar muzik dan untuk mengaktifkan Siri. Apple sudah menyedari masalah ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Buat masa ini mereka mengesyorkan pengguna untuk mencabut dan memasang semula EarPods mereka untuk mengaktifkan fungsi butang kawalan suara. Pepijat turut ini dilaporkan berlaku secara rawak dan tidak berlaku kepada kesemua pengguna setakat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pepijat EarPods Menyebabkannya Gagal Berfungsi Selepas Lima Minit"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info