Apple ketika pengenalan iOS 10 tempoh hari turut telah memperkenalkan sebuah fungsi baru pada iMessage, iaitu sebuah kedai aplikasi khusus yang membolehkan para pengguna memuat-turun kandungan tambahan seperti sticker, aplikasi dan juga permainan untuk digunakan bersama di iMessage.
Melalui integrasi ini, ia menjadikan interaksi anda lebih interaktif. Sebagai contoh, pengguna boleh memilih untuk memuat-turun sticker kegemaran daripada watak-watak yang diminati dan menggunakannya dalam menghantar mesej kepada rakan. Disamping itu, pengguna turut boleh memuat-turun aplikasi khusus yang diintegrasikan terus pada iMessage, dan menggunakan ia terus pada iMessage tanpa perlu meninggalkannya – termasuk mencari gambar GIF, membuat pembayaran dan sebagainya.
Fungsi baru ini hadir kepada pengguna iPhone bersama-sama iOS 10 yang akan ditawarkan kepada semua bermula daripada esok.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iMessage App Store Kini Aktif Dalam Membolehkan Anda Menambah Sticker Dan Aplikasi Ke Mesej"