Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bom Tangan Dua Dalam Satu Dibangunkan Untuk Tentera Amerika Syarikat

Tentera infantri Amerika Syarikat menggunakan dua jenis bom tangan di medan perang. Bom tangan M67 ialah bom tangan fragmentasi yang digunakan untuk mempertahankan kedudukan. Apabila meletup pengguna perlu mencari tempah berlindung dari serpihan bebola besi yang digunakan. Bom tangan MK3A2 pula ialah senjata menyerang yang menggunakan letupan untuk mengelirukan pihak musuh. Keran dua fungsi berbeza, anggota infantri perlu membawa kedua-duanya serentak ini menjadi beban yang berat di medan perang.

et-mp-bom-1

Tentera Amerika Syarikat kini sedang membangunkan bom tangan dua dalam satu Enhanced Tactical Multi-Purpose (ET-MP) yang menggabungkan fungsi M67 dan MK3A2. Sebelum digunakan anggota infantri perlu memilih mod yang dikehendaki dengan menekan suis khas. Dengan wujudnya ET-MP, jumlah bom tangan yang perlu dibawa ketika menjalankan misi akan berkurangan. Masalah penat kerana jumlah beban yang berat serta bunyi bising akibat bom yang dibawa juga boleh diselesaikan. Bom tangan dua dalam satu ini dijangka digunakan dalam masa lima tahun. Ia adalah bom tangan baru yang pertama direka untuk tentera Amerika Syarikat dalam masa empat puluh tahun.

ET-MP mengingatkan kami kepada bom tangan Variable Grenade di dalam permainan komputer  COD Advanced Warfare. Perbezaanya ialah Variable Grenade bom tangan empat dalam satu yang boleh melakukan letupan EMP dan asap. Fiksyen sudah hampir menjadi realiti. Apakah agaknya senjata fiksyen yang akan dibangunkan di dunia sebenar?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bom Tangan Dua Dalam Satu Dibangunkan Untuk Tentera Amerika Syarikat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info