Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Melancarkan Pemutar Skru Elektrik Wowstick

Telefon pintar, tablet, power bank, penapis air, router,dron, kamera aksi, papan apung, televisyen dan komputer riba. Ini ialah di antara produk yang telah dilancarkan oleh Xiaomi. Seperti Samsung, Xiaomi ini membekalkan segala keperluan anda tetapi pada harga lebih mampu milik. Terkini mereka melancarkan pemutar skru elektrik Wowstick pula di China.

Xiaomi-Wowstick-2

Wowstick mampu memutar skru pada kekuatan 3 Nm. Terdapat enam kepala skru yang disertakan. Terdapat aksesori tambahan 18 lagi kepala skru pelbagai bentuk yang boleh dibeli. Bateri yang digunakan mampu memberikan tempoh operasi selama lapan jam.  Terdapat lampu LED terbina pada bahagian hadapan bagi memudahkan penggunaan di dalam gelap. Pemutar skru elekrtik ini akan dijual bermula 22 September hadapan pada harga RMB 199 (~RM 120) ebatang



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Melancarkan Pemutar Skru Elektrik Wowstick"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info