Sembang Maniac

Sembang-sembang je

The Witcher 3: Wild Hunt Complete Edition Akan Hadir 30 Ogos

The Witcher 3 : Wild Hunt ialah permainan yang memenangi puluhan anugerah permainan terbaik tahun 2015. Edisi lengkap RPG buatan CD Projekt Red ini akan mula dijual pada 30 Ogos hadapan. Selain Wild Hunt, DLC Hearts of Stone dan Blood and Wine turut disertakan di dalam cakera yang sama. Tiada muat turun diperlukan kerana patch terkini turut disertakan.

The-WItcher-3-Complete-Edition

Tidak ketinggalan kesemua DLC lain dalam bentuk senjata dan baju zirah tambahan tersedia di dalam edisi ini. The Wither 3 Wild Hunt Complete Edition hadir pada PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Kepada yang ketinggalan untuk menikmati pengembaraan terakhir Geralt of Rivia, ini ialah pakej lengkap dengan 150 jam permainan sebelum dapat dihabiskan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "The Witcher 3: Wild Hunt Complete Edition Akan Hadir 30 Ogos"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info