Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Akan Mula Menawarkan Kemaskini Android 7.0 Nougat Dalam Dua Tiga Bulan Lagi

Samsung hari ini telah memperkenalkan Galaxy Note 7 di Korea Selatan, dan bersama-sama dengannya mereka telah berkongsikan beberapa perkara, termasuk mengatakan bakal memperkenalkan versi 128GB di China.

Samsung Galaxy Note 7

Disamping itu, melalui Korea Times, pihak Samsung dipetik mengatakan akan menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat dalam masa dua atau tiga bulan lagi. Berkemungkinan besar, Galaxy Note 7 akan menerimanya terlebih dahulu, sebelum ia ditawarkan kepada peranti-peranti lain seperti Galaxy S7 dan juga Galaxy Note 5.

Samsung mengatakan mereka mengutamakan menawarkan kemaskini sistem operasi terkini, tetapi pada masa yang sama ingin menawarkan platform operasi yang stabil kepada pengguna.

Android 7.0 Nougat merupakan sistem operasi terbaru Android, hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, pengenalan multi-window, penggunaan multi-tasking yang lebih baik, dan pelbagai ciri-ciri baru yang lain. LG bakal memperkenalkan LG V20 dengan Android 7.0 Nougat pada September ini, dan ia dijangka diikuti dengan pengenalan Nexus selepas itu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Akan Mula Menawarkan Kemaskini Android 7.0 Nougat Dalam Dua Tiga Bulan Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info