Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pokemon GO Diharamkan Dari Peranti Kakitangan Pentagon Kerana Bahaya Intipan

Di Malaysia Pokemon GO difatwakan haram di Kedah kerana kerisauan ia mampu memesongkan akidah anak kecil. Di Amerika Syarikat pula ia diharamkan dari dipasang pada peranti rasmi kakitangan dan kontraktor yang bekerja di bangunan Pentagon. Surat pekeliling dikeluarkan pada 189 Julai lalu yang mengingatkan mereka supaya tidak memasang aplikasi ini pada peranti rasmi yang diberikan oleh kerajaan.

Pentagon

Alasan yang diberikan ialah ia mungkin boleh mendedahkan lokasi bangunan rahsia serta data diintip oleh pihak yang tidak diingini. Pekerja dan kontraktor masih boleh memasang Pokemon GO pada peranti milik peribadi asalnya ia tidak dimainkan di dalam kawasan Pentagon. Pentagon ialah bangunan yang digunakan sebagai ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pengharaman ini dilihat sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kawasan rahsia diserang seperti apa yang berlaku pada 11 September 2001.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pokemon GO Diharamkan Dari Peranti Kakitangan Pentagon Kerana Bahaya Intipan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info