Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemandu Teksi Bakal Mogok Seminggu Tanda Protes Keputusan Kabinet Membenarkan Uber & Grab Beroperasi

Minggu lalu kabinet Malaysia meluluskan rancangan untuk membenarkan Uber dan Grab beroperasi secara sah. Keputusan ini nampaknya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalang pemandu teksi. Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) dilaporkan mengugut akan mogok selama seminggu bagi membantah rancangan kerajaan ini. Presiden PERS1M, Kamaruddin Mohd Hussain mendakwa pemandu teksi kecewa dengan keputusan yang diambil ini kerana Uber dan Grab menjejaskan mata pencarian mereka.

Pelancaran MyTeksi

Tarikh mogok akan dilakukan masih belum diumumkan. Tujuan ia diadakan pula ialah bagi menunjukkan pemandu teksi kini menderita menderita kerana persaingan tidak adil oleh Uber dan Grab. PERS1M turut mendakwa perkhidmatan perkongsian kerana “mencuri” pelanggan mereka. Ini bukanlah mogok pertama yang dilakukan pemandu teksi. Sebelum ini mereka mogok selama beberapa jam di Kuala Lumpur sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Bukit Bintang.

Pada hemat kami kegagalan pengusaha teksi seperti tidak menggunakan meter dan teksi berbau rokok adalah dua faktor yang menyebabkan pelanggan memilih alternatif lebih bijak. Berterusan menyalahkan pihak ketiga atas kesilapan diri sendiri tidak akan membawa perubahan. Adakah anda merasakan mogok ini akan membuatkan kerajaan menarik semula kelulusan membenarkan operasi perkhidmatan perkongsian kereta?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemandu Teksi Bakal Mogok Seminggu Tanda Protes Keputusan Kabinet Membenarkan Uber & Grab Beroperasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info