Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lelaki Ini Tidak Tahu Mutiara Seberat 34kg Miliknya Bernilai USD100 Juta!

Siapa sangka sesuatu yang dianggap ‘batu’ mempunyai nilai setinggi ini. Bagi seorang nelayan di kepulauan Palawan, Filipina, beliau tidak menyangka mutiara yang beliau kutip 10 tahun lalu sangat bernilai.

Mutiara+Asli

Nelayan yang tidak mahu dikenali itu sudah menyimpan mutiara berkenaan selama 10 tahun sebagai good luck charm beliau.

Beliau tidak tahu langsung yang mutiara seberat 34kg itu boleh mencecah nilai USD100 juta. Patah jari kalau mutiara ini dijadikan batu cincin.

Pada awalnya, beliau tidak menunjukkan pada sesiapa pun mutiara itu tetapi selepas berlakunya satu kebakaran di rumahnya, beliau terpaksa berpindah.

Dan cuma selepas itu, mutiara itu ditunjuk kepada pegawai pelancongan di Palawan Island. Pegawai di sana sangat terkejut dengan penemuan mutiara sebesar itu.

“Kami sangat terkejut dengan mutiara itu. Kami sudah menghantar mutiara ini untuk mengesahkan kesahihannya dan berapa nilainya,” kata Aileen Cynthia Amurao, salah seorang pegawai pelancongan di Palawan Island.

Tuah manusia siapa yang tahu. Tidak pula diberitahu jika nelayan ini dapat menyimpan kesemua hasil jualan mutiara ini jika betul mutiara ini bernilai USD100 juta.

Tak sia-sia simpan mutiara ini selama 10 tahun.

Jadi, kalau anda pergi menyelam di laut, ada jumpa kerang cuba bawa pulang, untung-untung ada mutiara di dalamnya.

Bagaimana Mutiara Terhasil?

Tiram merupakan hidupan laut yang rupa 'buruknya' merupakan anugerah Tuhan yang begitu berharga kerana di dalamnya terhasil mutiara yang menjadi buruan manusia.

Kewujudan mutiara telah diketahui manusia sejak ribuan tahun, Sebelum Masihi di India, China dan Parsi.

Mutiara yang terhasil secara semula jadi sukar ditemui kerana hanya satu daripada ribuan tiram di laut akan berkembang menjadi mutiara.

Mutiara ini pula jarang memenuhi saiz, bentuk atau warna yang sama.

Harga mutiara asli (dasar laut) yang mahal memberi peluang kepada manusia bagi mencari satu kaedah agar semua orang boleh memakai mutiara, dalam masa yang agak singkat, dan dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

Justeru itu, terdapat beberapa syarikat yang telah mengambil inisiatif untuk menternak tiram (untuk penghasilan mutiara).

Mutiara daripada tiram yang diternak disebut sebagai mutiara air tawar (fresh water pearls) bagi tujuan komersial.

Jenis-jenis Mutiara

1. Mutiara yang di ternak

Sebelum nukleus boleh dimasukkan, induk tiram terlebih dahulu disuntik bagi menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian bahagian lapisan “mantle lobe” (dikenali juga sebagai “piece” daripada moluska lain dipotong dan disediakan untuk dilekatkan pada lapisan kulit.

Satu belahan perlu dibuat pada bahagian tisu lembut tiram menggunakan alat yang tajam seperti Pisau pembedahan - “scalpel”).

Kemudian “piece” tadi akan dimasukkan kedalam belahan ini bersama-sama nukleus. ”Peice” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”.

Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun.

2. Mutiara Asli

Hanya benda asing seperti butiran pasir, parasit, dsb, yang terperangkap di dalam bahagian tisu lembut tiram sahaja yang akan mewujudkan mutiara di dalam tiram.

Kemudian “benda asing” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”.

Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun.

Namun begitu, kebarangkalian untuk tiram dimasuki benda asing adalah sangat sedikit, faktor inilah yang menyebabkan harga mutiara dari dasar laut sangat mahal berbanding mutiara yang di ternak.

3. Mutiara Tiruan

Terdapat satu lagi jenis mutiara, iaitu 'mutiara faux' ataupun mutiara tiruan yang dibuat oleh manusia. Mutiara faux biasanya disaluti dengan lapisan warna yang seakan-akan sama dengan mutiara asli.

Selain itu, terdapat juga 'mutiara faux' dalam warna-warna yang lebih menarik seperti merah tua, emas, biru, merah jambu dan ungu.

Lapisan warna ini tidak tahan lama dan mudah terkopek. Harga 'mutiara faux' juga jauh lebih murah berbanding mutiara asli.

BACA INI JUGA: Menjadi Jutawan Dengan Cara Yang Sangat Luar Biasa!

Sumber: Thevocket | Sabahcraftandpearl



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Tidak Tahu Mutiara Seberat 34kg Miliknya Bernilai USD100 Juta!"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info