Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerap Memuat Naik Status Perhubungan? – Anda Kurang Keyakinan Diri Menurut Kajian Sains

#RelationshipsGoals, #TilJannah dan tips mendapatkan perhubungan cinta sempurna amat popular di kalangan anak muda sekarang. Ia dapat dilihat di kesemua platform media sosial dan harus diakui agak memualkan. Sebagai “orang tua” generasi saya tidak biasa dengan tabiat mempertontonkan kehidupan peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Gambar anak yang sudah berusia dua tahun juga masih belum muncul kerana saya mementingkan privasi. Kajian dari Universiti Brunel di London hari ini mengesahkan individu yang kerap berkongsi status perhubungan mereka mempunyai masalah keyakinan diri.

Status Facebook

Kajian dilakukan ke atas 555 individu. Status Facebook mereka dianalisa menggunakan lima kategori iaitu tahap keterbukaan, kegelisahan, ketelitian, kemudahan untuk bersetuju dan keinginan untuk bersosial. Mereka yang kerap memuat naik status perhubungan dan bercerita tentang kehebatannya sebenarnya mahu menutup tahap keyakinan diri yang rendah.

Mereka yang mempunyai tahap keterbukaan yang tinggi lebih cenderung untuk mengemas kini mengenai topik intelek kerana menggunakan Facebook untuk berkongsi maklumat. Individu yang lebih berhati-hati akan memuat naik status mengenai anak dan bukannya diri sendiri.

Akhir sekali mereka yang gemar berkongsi status aktiviti senaman dan diet pula memperlihatkan tingkah laku seorang narsis. Status Facebook digunakan untuk mendapat pujian dan pengesahan aktiviti senaman yang dilakukan menunjukkan hasil. Anda tergolong di dalam kategori yang mana?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerap Memuat Naik Status Perhubungan? – Anda Kurang Keyakinan Diri Menurut Kajian Sains"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info