Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Memperkenalkan Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-7 Dengan Nama Kod Kaby Lake

Bagi para peminat dan yang mengikuti perkembangan cip pemprosesan untuk komputer, mungkin nama Kaby Lake tidak asing lagi. Selepas pelbagai maklumat tertiris sebelum ini – termasuk pengenalan komputer dua-dalam-satu pertama dari Asus menggunakannya, hari ini Intel secara rasminya telah memperkenalkan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-7 mereka.

Intel Kaby Lake

Seperti biasa, Kaby Lake ini membawakan penaik-tarafan dari segi kuasa pemprosesan dan juga keefisyenan berbanding dengan Skylake sebelum ini. Ia masih berasaskan kepada rekaan teknologi 14nm seperti Skylake, dan turut menawarkan pengoptimasian dalam penawaran kandungan video 4K dan juga 360-darjah.

Intel mengatakan melalui cip pemprosesan baru ini juga ia hadir menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama, selain sokongan untuk pelbagai fungsi baru seperti Windows Hello, Thunderbolt 3 dan lain-lain.

Intel Kaby Lake

Peranti terawal yang menggunakan cip pemprosesan ini adalah komputer riba dan juga komputer dua-dalam satu. Intel membahagikan penawaran mereka kepada dua siri – iaitu siir-U dengan fokus terhadap prestasi, dan siri-Y yang memfokuskan kepada rekaan nipis.

Pelbagai pengeluar dijangka memperlihatkan penawaran mereka dalam bulan-bulan akan datang, dan sementar untuk penawaran desktop, pengguna mungkin perlu nantikan sehingga awal tahun 2017 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Memperkenalkan Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-7 Dengan Nama Kod Kaby Lake"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info