Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Dijangka Memperkenalkan Dua Variasi HTC Desire 10 Pada Penghujung September

HTC telah diperkatakan akan hadir dengan telefon pintar HTC Desire 10, salah satu peranti berspesifikasi pertengahan dengan beberapa ciri-ciri menarik dan selari dengan penjenamaan telefon flagship mereka pada tahun 2016 ini, iaitu HTC 10.

Kini, mengikut laporan baru, ia dikatakan HTC bakal hadir dengan dua variasi HTC Desire 10, iaitu Desire 10 Pro dan juga Desire 10 Lifestyle.

Kedua-dua peranti berkenaan dijangka diperkenalkan pada penghujung September 2016 ini. Buat masa ini, beberapa info tambahan mengenai HTC Desire 10 Lifestyle sahaja diketahui.

HTC Desire 10 Lifestyle dijangka hadir dengan skrin 5.5-inci pada resolusi 720p dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon. Ia bakal hadir dengan pilihan memori 3GB RAM/32GB storan ataupun 2GB RAM/16GB storan. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 13-megapixel dan kamra hadapan 5-megapixel. HTC Desire 10 Lifestyle ini turut dikatakan akan hadir dengan sokongan speaker Boomsound Hi-Fi Edition.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai pengenalan peranti baru HTC ini pada penghujung September 2016 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Dijangka Memperkenalkan Dua Variasi HTC Desire 10 Pada Penghujung September"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info