Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Sedang Membangunkan Sistem Operasi Baru Dengan Nama Kod “Fuchsia”

Google mempunyai pelbagai projek yang dibangunkan secara dalaman yang mana mungkin dikomersialkan dan juga sebaliknya. Terkini, melalui direktori Google, ia dilihat mereka sedang membangunkan sebuah sistem operasi baru yang menyasarkan penggunaan pada telefon pintar, PC dan pelbagai platform lain.

Sistem operasi baru ini dinamakan sebagai Fuchsia buat masa ini. Bagi yang tidak tahu, fuchsia merupakan nama untuk warna ungu kemerahan yang terang – dan mempunyai sedikit persamaan dengan warna magenta.

Info awal mengenai sistem operasi ini masih samar-samar, tetapi dilihat menyertakan sedikit komponen RTOS (Real-Time Operating System) padanya yang menyasarkan pelbagai peranti moden dan juga embedded systems.

Ia tidak diketahui lagi sama ada projek ini sekadar kajian semata-mata atau akan dikomersialkan oleh pihak Google pada masa akan datang.

Layari : Fuchsia



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Sedang Membangunkan Sistem Operasi Baru Dengan Nama Kod “Fuchsia”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info