Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Disaman $ 6.7 Juta Kerana Aplikasi Terpasang Pada Peranti Android

Setiap peranti yang menggunakan Android akan mempunyai beberapa peranti terpasang yang wajib disertakan. Youtube, GMail dan Photos ialah tiga contoh aplikasi wajib terpasang pada setiap peranti baru kecuali di China. Di Russia amalan ini menyebabkan mereka disaman sebanyak $6.7 Juta (~RM 27 Juta)  oleh pihak kerajaan di bawah undang-undang anti monopoli. Mereka mahu Google membenarkan kemasukan Yandex sebagai enjin carian utama pada peranti Android.

Logo Google

Di atas kertas alasan yang diberikan ini masuk akal kerana Yandex memegang 60% pasaran enjin carian di Russia. Ini juga selari dengan amalan Google di China yang menggantikan aplikasi mereka dengan perkhidmatan tempatan seperti Baidu. Google bukan satu-satunya syarikat yang disiasat pihak berkuasa tempatan. Apple kini disiasat kerana dituduh mengamalkan penetapan harga tidak munasabah untuk iPhone 6S dan 6S Plus. Sejak dijual harga tidak berubah mengikut mata wang Rubles.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Disaman $ 6.7 Juta Kerana Aplikasi Terpasang Pada Peranti Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info