Menjadi kebiasaan untuk pihak Google memperkenalkan telefon pintar Nexus baru bersama-sama dengan pengenalan versi Android baru. Namun, ia tidak berlaku pada tahun ini ketika pengenalan Android 7.0 Nougat, malah telefon pintar pertama yang akan dilengkapi sistem operasi berkenaan adalah LG V20.
Kini, laporan baru hadir daripada Android Central, mengatakan Google mungkin tidak lagi menggunakan penjenamaan Nexus pada peranti baru mereka tahun ini.
Untuk makluman, jenama Nexus digunakan pada telefon Android yang hadir dengan antaramuka asas Android tanpa sebarang penambahan. Setiap tahun, Google bekerjasama dengan pelbagai pengeluar berbeza – dan ia telah dimulakan sejak 2009 yang lepas. Paling akhir, tahun lepas menyaksikan pengenalan Nexus 6P daripada Huawei, dan Nexus 5X daripada LG.
Untuk tahun 2016 ini, ia telah diperkatakan Google bekerjasama dengan pihak HTC, namun tiada sebarang pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.
Menurut laporan yang hadir hari ini, ia dikatakan jenama Google akan diletakkan pada bahagian hadapan – menggantikan penggunaan jenama HTC dan juga Nexus. Nama akhir untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi.
Disamping perubahan pada nama, Google juga dilihat akan menawarkan sedikit penambahan pada antaramuka mereka. Perkara ini selari dengan apa yang kita dengar sebelum ini berkenaan dengan “Nexus Launcher”. Google menawarkan rekaan skrin utama yang sedikit berbeza melaluinya – yang mana tidak sama seperti pada Android 7.0 Nougat di Nexus 6P.
Selain daripada jam tangan pintar, Google juga sebelum ini telah diperkatakan akan hadir dengan jam tangan pintar Android Wear dengan jenama tersendiri hasil kerjasama bersama pengeluar lain.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Tidak Akan Menggunakan Penjenamaan Nexus Pada Telefon Pintar Tahun Ini"