Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blackberry Menjadi Pengeluar Pertama Memperbaiki Kerentenan QuadRooter

Peranti Blackberry terkenal dengan tahap keselamatan dan privasi yang tinggi sejak dahulu lagi. Walaupun sudah berubah kepada platform Android mereka masih mahu mengekalkan tradisi sebagai peranti paling selamat digunakan. Oleh sebab itu kemaskini untuk menampal kerentanan QuadRooter pemproses Qualcomm sudahpun diterima oleh pemilik Priv dan DTEK50. Kemas kini dilakukan secara OTA dan akan diberikan secara berkala mengikut pasaran.

BlackBerry DTEK50

QuadRooter ini mengambil kelebihan empat eksploit yang terdapat pada kod Qualcomm, sekaligus mendapatkan akses root pada peranti Android berasaskan kepada cip Qualcomm. Melaluinya, ia membolehkan akses kepada pelbagai data pada peranti dicuri, termasuk boleh mencuri dengar panggilan, mengakses kamera, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, buat masa ini masih tiada godaman yang dilakukan melalui eksploit QuadRooter ini.

Blackberry jelas memandang serius kerentanan ini. Ini meletakkan mereka di hadapan Google yang hanya akan menampak kerentanan ini menerusi kemas kini sekuriti pada bulan September. Sungguhpun begitu pengguna Android tidak perlu risau tentang QuadRooter kerana sistem Verify Apps yang diperkenalkan pada Android 4.2 memastikan 90% peranti akan terselamat dari digodam.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via
Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Blackberry Menjadi Pengeluar Pertama Memperbaiki Kerentenan QuadRooter"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info