Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Notebook Air Dilancarkan – Komputer Riba Pertama Xiaomi

Seperti yang dijangka Xiaomi menggunakan acara hari ini untuk melancarkan komputer riba pertama mereka. Xiaomi Mi Notebook Air ialah komputer riba Windows 10 64 bit Home Edition dengan skrin sebesar 13.3″, pemproses Intel Core i5 generasi ke-enam 2.7 Ghz dua teras, RAM sebesar 8 Gigabyte DDR4 dan storan SSD PCIe sebesar 256 Gigabyte. Komputer riba ini dicas sepenuhnya menggunakan satu port UBS-C.

Mi NOtebook Air 3

Mi Notebook Air ialah 11% lebih kecil berbanding sebuah MacBook Air yang mempunyai saiz skrin yang serupa. Ini adalah kerana penggunaan bazel yang lebih kecil. Ia juga 13% lebih nipis berbanding MacBook Air. Papan kekunci dari jenis chicklet menyokong sistem lampu terbina. Sungguhpun diperbuat daripada logam sepenuhnya, Mi Notebook Air hanya sebesar 1.28 Kilogram. Melengkapi spesifikasi Mi Notebook Air ialah ia turut dilengkapi kamera 720P, satu port HDMI bersazi penuh dan dua port USB-A.

Xiaomi turut memperlihatkan kustomasi menggunakan sticker yang boleh digunakan pada panel penutup. Tiga pilihan sarung simpanan diperbuat daripada kulit dan kain mikroserat juga disertakan.

Mi NOtebook Air 1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Notebook Air Dilancarkan – Komputer Riba Pertama Xiaomi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info