Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spesifikasi Lenovo Moto E3 Kini Diketahui – Menggunakan Pemproses MediaTek

Lenovo Moto E3  diperlihatkan minggu lalu namun spesifikasi lengkap peranti tidak pula diumumkan. Ia kini diketahui dan mempunyai banyak persamaan dengan Lenovo G4 Play yang diumumkan Mac yang lalu. Peranti mepunyai skrin 5″ HD, pemproses 1 GHz empat teras Mediatek, storan 8 Gigabyte (sokongan mikroSD sehingga 32 Gigabyte), kamera utama 8 Megapixel dan kamera selfie 5 Megapixel. Saiz RAM dan bateri masih lagi misteri.

Motorola Moto E3 2016

Peranti kelas permulaan ini akan turut menggunakan sistem operasi Android 6.0. Sistem pembesar suara stereo pada bahagian hadapan turut disertakan. Perbezaan utama di antara E3 dan dan G4 Play terletak pada pemproses dan ketebalan. G4 Play menggunakan pemproses Snapdragon 410 dan sedikit lebih tebal berbandingan E3. Ia akan mula djual Ogos ini pada harga £99.95 (~RM  534) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi Lenovo Moto E3 Kini Diketahui – Menggunakan Pemproses MediaTek"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info