Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SPAD Ingin Memperkenalkan “Kad Pemandu” Bagi Membolehkan Pemandu Uber Dan Grab Beroperasi Secara Sah

Kemelut Uber dan Grab masih belum nampak penyelesaiannya. Walaupun dibenarkan beroperasi buat masa ini, pemandu dua perkhidmatan perkongsian kenderaan ini kerap diserang oleh pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan kewujudan mereka. Pada pendapat pemandu teksi, Uber dan Grab beroperasi secara tidak adil kerana tidak perlu memiliki lesen perkhidmatan pengangkutan awam (PSV) seperti mereka.

UberX KL

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ingin memperkenalkan “kad pemandu” khas untuk pengendali perkhidmatan Uber dan Grab. Rancangan kad pemandu diumumkan sendiri oleh pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini.  Menerusi kad pemandu, pengusaha Uber dan Grab layak untuk menjalankan operasi secara sah. Sistem kad pemandu ini masih ingin menjalankan kajian menyeluruh terlebih dahulu bagi menjaga hati pengusaha teksi sedia ada. Proses memohon kad pemandu ini akan mengikuti keperluan untuk memohon PSV.

Diharap apabila ia diperkenalkan kelak tidak kedengaran pula pahat berbunyi lantang. Di Lembah Klang kami secara peribadi lebih selesa menggunakan perkhidmatan perkongsian kereta kerana kenderaan yang lebih selesa, baru dan mematuhi undang-undang. Majoriti teksi yang pernah kami naiki berbau aneh dan terasa tidak selamat dinaiki.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SPAD Ingin Memperkenalkan “Kad Pemandu” Bagi Membolehkan Pemandu Uber Dan Grab Beroperasi Secara Sah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info