Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy J2 Pro Diumumkan

Dua minggu yang lalu Samsung Galaxy J2 dilancarkan di India. Ia merupakan peranti kelas permulaan yang dilengkapi sistem notifikasi Smart Glow. Peranti ini mempunyai spesifikasi yang agak rendah. Oleh itu hari ini Samsung Galaxy J2 Pro diumumkan di India dengan spesifikasi yang dipertingkatkan. RAM dipertingkatkan ke 2 Gigabyte dari 1.5 Gigabyte. Storan pula kini sebesar 16 Gigabyte dan bukannya 8 Gigabyte seperti J2 asal.

Samsung Galaxy J2 2016

Spesifkasi lain ialah skrin 5″ SAMOLED,  pemproses 1.5GHz Spreadtrum SC8830 empat teras, kamera utama 8 Megapixel f/2.2, kamera selfie 5 Megapixel dan bateri sebesar 2600 mAh. Harga jualan J2 Pro ialah ₹ 9890 (~RM 597) sebuah. Hanya RM 8 lebih mahal berbanding Galaxy J2.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy J2 Pro Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info