Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Diberikan Paten Pengecas Tanpa Wayar Untuk Telefon Dan Peranti Boleh Pakai

Pengecasan tanpa wayar sudah wujud pada peranti pintar keluaran Samsung sejak Galaxy S4. Pada awalnya ia adalah aksesori tambahan sebelum menjadi fungsi terbina pada S6. Mereka kini mempunyai sistem pengecasan pantas tanpa wayar berbentuk leper. Kini mereka diberikan paten untuk sistem pengecasan tanpa wayar dua dalam satu.

Pengecas-dua-dalam-satu-Samsung-2

Menerusi paten ini, pengecas tanpa wayar ini mampu mengecas sebuah telefon pintar dan peranti boleh pakai secara serentak. Telefon pintar dicas pada bahagian atas sementara peranti boleh pakai seperti Gear S2 dicas secara menegak. Sebagai pemilik Galaxy S7 dan Gear S2, pengecas seperti ini amat kami perlukan. Pada waktu sekarang kami perlu menggunakan dua pengecas berbeza untuk mengecas kedua-duanya setiap hari. Tidak diketahui bilakah aksesori ini akan memasuki pasaran.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Diberikan Paten Pengecas Tanpa Wayar Untuk Telefon Dan Peranti Boleh Pakai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info