Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Prisma Kini Ditawarkan Untuk Android – Mengubah Gambar Anda Kepada Bentuk Seni Moden

Beberapa minggu yang lepas, aplikasi Prisma telah diperkenalkan untuk iPhone, sekaligus menjadi salah satu aplikasi yang diminati ramai. Melalui aplikasi Prisma ini, ia membolehkan pengguna mengubah gambar yang dirakamkan oleh mereka kepada bentuk seni moden dengan pelbagai pilihan penuras yang menarik.

Hari ini, penerbitnya turut telah memperkenalkan aplikasi Prisma untuk pengguna Android – membolehkan pengguna Android turut menikmati dan menggunakan aplikasi sama.

Prisma iPhone

Menggunakannya, pengguna hanya perlu memilih gambar atau merakamkan gambar menggunakan aplikasi Prisma. Kemudiannya, anda akan dibawa kepada skrin pilihan untuk memilih daripada sejumlah penuras yang tersedia bagi mengubah gambar anda kepada bentuk seni moden.

Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan tersendiri dalam menjadikan gambar anda menarik berdasarkan kepada sesuatu penuras yang dipilih. Pengguna turut boleh memilih untuk mematikan paparan watermark pada gambar melalui aplikasi ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Prisma ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Prisma iPhone

Muat-Turun Prisma untuk Android

Muat-Turun Prisma untuk iPhone



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Prisma Kini Ditawarkan Untuk Android – Mengubah Gambar Anda Kepada Bentuk Seni Moden"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info