Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Polymail – Klien Emeil Dengan Pengalaman Selari Pada Mac Dan iOS

Pada Mac dan iOS, terdapat sejumlah aplikasi berbentuk klien emel yang hadir dengan fungsi-fungsi unik tersendiri. Terkini, salah satu aplikasi yang telah diuji sekian lama dalam fasa beta, dan dilancarkan dalam fasa stabil baru-baru ini adalah Polymail.

Polymail ditawarkan untuk platform Apple sahaja buat masa ini, iaitu Mac dan iOS. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menguruskan peti emel dengan lebih efisyen, termasuk hadir dengan rekaan yang sangat moden.

Polymail

Polymail menyertakan fungsi seperti snooze untuk membaca sesuatu emel pada kemudian masa, memantau sama ada emel yang dihantar telah dibaca penerima, menetapkan untuk menghantar emel pada kemudian masa, dan beberapa fungsi menarik lain. Pengguna boleh menguruskan sejumlah akaun emel menggunakan Polymail, termasuk GMail, iCloud, Outlook dan akaun IMAP.

Bagi anda yang menggunakan Macbook atau iPhone, anda mungkin boleh mencuba klien emel Polymail ini dalam menguruskan pelbagai akaun emel anda.

Polymail

Muat-Turun Polymail



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Polymail – Klien Emeil Dengan Pengalaman Selari Pada Mac Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info