Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pokemon GO Untuk Windows Phone Dibangunkan Oleh Pihak Ketiga

Pokemon GO buat masa ini hanya boleh dimuat turun pengguna Android dan iOS di beberapa pasaran dunia. Tiada versi Windows Phone dihasilkan dan sebuah petisyen atas talian telah dimulakan bagi meminta Niantic menghasilkannya. Petisyen sudah berusia lebih dua minggu dan ditandatangani lebih 50000 pengguna tetapi pihak Niantic masih belum memberikan sebarang maklum sama ada akan menghasilkan versi untuk sistem operasi ketiga paling popular di dunia ini.

Pokemon GO Windows Phone 1

Aplikasi hangat ini kini sedang dibangunkan untuk WP secara tidak rasmi oleh ST-Apps. Oleh sebab itu kebanyakan fungsi AR yang wujud pada Android dan iOS tidak disertakan. Demo telah dihasilkan tetapi pihak ST-Apps menegaskan projek ini mungkin gagal sekiranya pihak Niantic menggunakan server yang dinyahsulit atau mereka menerima perintah guaman untuk menghentikan versi port mereka ini.

Jelas sekali terdapat permintaan untuk platform WP sehingga aplikasi tidak rasmi sanggup dihasilkan. Terpulang kepala Niantic untuk membangunkannya ataupun tidak. Memandangkan mereka menghadapi masalah dengan versi pada dua platform sedia ada, kebarangkalian versi WP dihasilkan adalah agak rendah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pokemon GO Untuk Windows Phone Dibangunkan Oleh Pihak Ketiga"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info