Sony hari ini telah mengadakan acara rasmi untuk pengumuman PlayStation VR bagi pasaran Asia, termasuk Malaysia. Berkongsi padanya, Sony mengatakan PlayStation VR akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada tarikh sama seperti pasaran antarabangsa lain, iaitu pada 13 Oktober 2016 ini.
PlayStation VR akan berharga RM1849 di Malaysia, dan Sony juga turut menawarkan bundle khusus – iaitu bersama-sama dengan PlayStation Camera pada harga RM2029. Sony akan membuka pra-tempahan untuk PlayStation VR ini di pasaran tempatan bermula 30 Julai 2016.
PlayStation VR adalah jawapan untuk realiti-maya daripada Sony, membolehkan pengguna menikmati permainan dalam keadaan yang serba-baru dan berbeza berbanding penggunaan konsol sebelum ini.
Sedang dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PlayStation VR Akan Dijual Di Malaysia Pada 13 Oktober, Harga Bermula RM1849"