Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Opera Memperkenalkan Fungsi Muat-Turun Video Pada Opera Mini Untuk Android

Opera Mini merupakan salah satu pelayar web yang popular pada peranti mudah-alih, salah satu sebabnya adalah kerana kebolehan untuk melayari sesuatu web dengan pantas, dan pada masa yang sama menjimat data. Terkini, Opera menyertakan satu lagi fungsi menarik pada Opera Mini, iaitu kebolehan muat-turun video.

Opera Mini Download

Kini, ketika anda melayari web menggunakan Opera Mini pada peranti mudah-alih Android, anda boleh tap pada sebarang video yang hadir pada web, dan memilih untuk memuat-turunnya. Video seterusnya akan dimuat-turun dan disimpan pada storan SD ataupun pada peranti mudah-alih berkenaan sendiri.

Opera mengatakan fungsi ini juga akan membantu pengguna menjimatkan data berbanding penstriman berulang, ataupun turut digunakan untuk menonton video ketika tiada sambungan WiFi.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh menguji fungsi ini dengan memuat-turun Opera Mini untuk Android hari ini.

Muat-Turun Opera Mini untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Opera Memperkenalkan Fungsi Muat-Turun Video Pada Opera Mini Untuk Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info