Sembang Maniac

Sembang-sembang je

No Man’s Sky Tidak Memerlukan PlayStation Plus Untuk Permainan Atas Talian

Untuk bermain secara talian pada konsol PlayStation 4, anda memerlukan akaun berbayar PlayStation Plus. Selain bermain bersama rakan siber, perkhidmatan ini turut memberikan permainan percuma bulanan serta menyimpan save game anda di awanan dengan selamat. Untuk permainan No Man’s Sky, Sony melakukan perubahan dengan tidak memerlukan pemain memiliki PS Plus untuk bermain secara atas talian.

No-Man's-Sky-Logo

Ini adalah kerana terdapat 18 quintillion planet yang wujud di dalam dunia No Man’s Sky. Kebarangkalian anda bertemu pemain lain di dalam dunia ini adalah amat rendah. Setiap planet. flora dan fauna di dalam No Man’s Sky akan dimasukkan ke dalam atlas universal setelah ditemui pemain. Ini memerlukan permainan ini untuk sentiasa bersambung dengan internet ketika dimainkan. No Man’s Sky akan hadir pada PlayStation 4 pada 9 Ogos hadapan dan pada PC pada 12 Ogos hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "No Man’s Sky Tidak Memerlukan PlayStation Plus Untuk Permainan Atas Talian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info