Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MyVaksinBaby – Aplikasi Mengingatkan Ibu Bapa Untuk Memvaksin Anak Mengikut Jadual

Sehingga minggu ini lima kematian telah dilaporkan kerana jangkitan difteria. Kesemua mangsa didapati tidak pernah mendapatkan suntikan vaksin difteria. Sebagai seorang bapa kematian anak kerana penyakit yang boleh dielakkan seperti ini adalah amat menyentuh jiwa. Ianya malang yang berbau dan adalah aneh di Malaysia sekarang gerakan anti vaksin semakin berkembang. Ini  sekaligus meletakkan masa depan dan nyawa anak-anak tidak di vaksin di hujung tanduk.

MyVaksinBaby-Vaksin-Baby

MyVaksinBaby ialah aplikasi peranti pintar yang akan mengingatkan ibu bapa supaya memvaksinkan anak mengikut jadual. Dalam kesibukan bekerja anda mungkin terlupa vaksin apakah yang perlu diambil serta tarikh ia perlu diberikan. Dengan memasukkan maklumat anak-anak anda ke dalam aplikasi ini, peringatan akan diberikan dengan mudah.

Selain peringatan jadual vaksin, terdapat maklumat mengenai kesan sampingan yang mungkin dilihat pasca suntikan, video mengenai vaksin serta maklumat penyakit yang boleh dihindarkan menerusi vaksinasi. MyVaksinBaby dihasilkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi. Ia boleh dimuat turun pada platform Android dan iOS.

Muat turun aplikasi Android MyVaksinBaby di Google Play

Muat turun aplikasi iOS MyVaksinBaby di App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MyVaksinBaby – Aplikasi Mengingatkan Ibu Bapa Untuk Memvaksin Anak Mengikut Jadual"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info