Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Pernah Pertimbang Untuk Hadir Dengan Konsol Mudah-Alih “Xboy”

Dalam pelbagai produk milik Microsoft, salah satu yang popular dan turut menerima perhatian utama daripada Microsoft sendiri adalah Xbox. Kini, melalui temuramah khusus yang dilakukan IGN, ia diketahui Microsoft pada peringkat awal permulaan Xbox, mereka pernah mempertimbangkan untuk turut hadir dengan konsol mudah-alih.

Xbox

Konsol mudah-alih berkenaan dikenali dikalangan mereka dalam syarikat sebagai “Xboy”. Nama untuk sesuatu projek tidak semestinya adalah nama untuk poduk akhir – dan mungkin nama berkenaan dipilih untuk memudahkan mereka membangunkan konsol mudah-alih yang boleh bersaing dengan GameBoy dan lain-lain.

Namun, projek berkenaan tidak dimulakan sepenuhnya, dan ditamatkan pada peringkat awal lagi. Daripada perkongsian pihak Microsoft, ia hanya pada peringkat awal dan beberapa lakaran untuknya telah dibangunkan – tetapi tidak pasti sama ada ia diteruskan kepada peringkat prototaip ataupun tidak.

Selain “Xboy”, perancangan untuk konsol mudah-alih ini pernah hadir beberapa kali – tetapi tidak diteruskan sepenuhnya kerana kekurangan tenaga kerja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Pernah Pertimbang Untuk Hadir Dengan Konsol Mudah-Alih “Xboy”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info