Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Mengesahkan Sesetengah Surface 3 Mempunyai Masalah Bateri

Adakah anda pemilik Microsoft Surface 3 yang menyedari komputer tablet anda mempunyai hayat bateri yang terlalu pendek? Bateri hanya bertahan selama sejam selepas dicas sepenuhnya? Sekiranya jawapan adan adalah ya anda tidak keseorangan. Masalah ini turut dilaporkan oleh ramai pengguna Surface 3 di seluruh dunia. Microsoft hari ini mengesahkan mereka akan menyiasat masalah bateri yang dialami pengguna.

Surface 3 20150429_115057

Surface 3 menggunakan bateri dari dua pembekal berbeza. Peranti yang dilengkapi bateri yang dikeluarkan oleh syarikat SIMPLO didapati menghadapi masalah mengekalkan caj sekaligus memendekkan tempoh penggunaan. Microsoft menggesa pengguna yang mengalami masalah ini untuk menghubungi pihak khidmat pelanggan. Buat masa ini mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah ini melalui kemas kini perisian. Bilakah ia akan diterima tidak pula diumumkan setakat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Mengesahkan Sesetengah Surface 3 Mempunyai Masalah Bateri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info