Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Note 8 Dengan Skrin 2K Bakal Dilancarkan Pada 1 Ogos Kelak

Honor merupakan jenama subsidiari dibawah Huawei yang telah mengeluarkan beberapa peranti menarik sebelum ini. Terkini, selepas memperkenalkan Honor 8 tempoh hari, kini pihak Honor dalam persiapan untuk memperkenalkan phablet mereka yang pertama, dinamakan sebagai Honor Note 8.

Honor Note 8Info berkaitan peranti ini telah kelihatan sejak minggu lepas. Honor Note 8 bakal membawakan skrin bersaiz 6.6-inci dengan resolusi 2K. Peranti ini bakal dijana dengan cip Kirin 950, selain menyertakan memori 4GB RAM.

Disamping itu, peranti ini hanya membawakan satu kamera belakang sahaja, iaitu 13-megapixel pada bahagian belakang, dan 8-megapixel pada bahagian hadapan. Menguasakan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4400mAh.

Selepas ketirisan maklumat berkaitan peranti ini sebelum ini, kini melalui teaser daripada pihak Honor, ia dilihat Honor Note 8 bakal diperkenalkan pada 1 Ogos 2016 ini.

Pelancaran ini dijadualkan di China, dan menariknya, mereka memperkenalkan peranti ini sehari sebelum pengenalan satu lagi peranti berjenama Note, iaitu Galaxy Note 7.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor Note 8 Dengan Skrin 2K Bakal Dilancarkan Pada 1 Ogos Kelak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info