Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HERE Maps Dijenamakan Semula Kepada HERE WeGo – Hadir Bersama Beberapa Fungsi Baru

HERE Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan dan navigasi yang telah dimulakan oleh Nokia. Ia telah dijual kepada konsortium baru beberapa bulan yang lepas, dan kini, pemilik barunya mengumumkan penjenamaan semula HERE Maps kepada HERE WeGo.

HERE WeGo

HERE WeGo dilihat ingin menjadi satu aplikasi untuk semua keperluan navigasi dan peta mudah-alih anda. Melalui HERE WeGo, seperti biasa, pengguna boleh membuat navigasi ke sesuatu destinasi, dan anda akan diperlihatkan dengan pilihan jenis kenderaan, selain turut boleh melihat data berkaitan kesesakkan lalu-lintas. Fungsi popular HERE Maps turut dikekalkan, iaitu kebolehan menggunakan HERE WeGo tanpa memerlukan akses internet.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi HERE WeGo pada peranti Android atau iOS anda hari ini.

Muat-Turun HERE WeGo untuk Android

Muat-Turun HERE WeGo untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HERE Maps Dijenamakan Semula Kepada HERE WeGo – Hadir Bersama Beberapa Fungsi Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info