Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Esok Adalah Hari Terakhir Untuk Menaik-Taraf Ke Windows 10 Secara Percuma

Microsoft telah memperkenalkan Windows 10 pada tahun lepas, dan ketika pengenalan, Microsoft telah mengumumkan yang mana pengguna Windows 7 dan juga Windows 8 boleh menikmati kemaskini kepada Windows 10 secara percuma. Namun, promosi berkenaan hanya terhad untuk setahun sahaja.

Windows 10 Wallpaper

Microsoft akan menamatkan penawaran kemaskini percuma kepada Windows 10 ini pada 29 Julai 2016, iaitu hari Jumaat ini. Selepas daripada tarikh ini, bagi sebarang pengguna yang ingin memasang Windows 10 atau naik-taraf daripada Windows 7 atau Windows 8, anda perlu membayar untuk mendapatkannya. Sementara sekiranya anda telah sedia naik-taraf, anda boleh menyimpan lesen berkenaan dan menikmati kemaskini percuma Windows 10 yang akan datang.

Bagi anda yang masih menggunakan Windows 7 atau Windows 8.1, dan tidak mengemaskininya lagi, anda digalakkan membuatnya sekarang. Sekiranya anda tidak menyukai sistem operasi Windows 10, anda masih mempunyai pilihan untuk kembali ke sistem operasi lama – tetapi lesen Windows 10 akan disimpan pada akaun Microsoft anda sekiranya ingin naik-taraf pada masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Esok Adalah Hari Terakhir Untuk Menaik-Taraf Ke Windows 10 Secara Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info