Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempaten Teknologi Menghalang Penggunaan Kamera Di Beberapa Lokasi

Pada hari ini, salah satu perkara yang menjadi masalah adalah terdapat lokasi yang diharamkan penggunaan kamera, tetapi masih tidak dipatuhi beberapa pengguna – termasuk di lokasi seperti panggung wayang, konsert, dan pelbagai lokasi lain. Ia agak sukar untuk mengawal pengguna, dan kini untuk mengatasinya, Apple telah memfailkan sebuah paten untuk teknologi berkaitan dengannya.

Melalui paten yang difailkan, ia dilihat teknologi baru ini menggunakan pemancar infra-merah yang boleh mematikan fungsi merakamkan gambar atau video pada peranti pengguna.

Apple Infrared

Ini bermakna, pemilik lokasi seperti panggung wayang hanya perlu memasang pemancar infra-merah yang boleh menghantar signal kepada peranti pengguna, dan seterusnya mematikan sokongan gambar dan video untuk seketika.

Teknologi yang dipatenkan ini juga dilihat hanya terhad apabila pengguna mengarahkan peranti mereka ke beberapa tempat sahaja. Ini bermakna, pemilik panggung boleh memasang pemancar infra-merah berkenaan pada bahagian skrin atau pentas, dan mematikan fungsi kamera apabila pengguna mengarahkan peranti mereka ke arahnya untuk merakamkan gambar atau video.

Disamping itu, pemilik sesuatu lokasi juga boleh mengubah apakah yang ingin dipaparkan apabila pengguna membuka kamera – sebagai contoh, di muzium, kandungan tambahan sesuatu perkara boleh dipaparkan secara automatik melalui penghantaran pancaran infra-merah berkenaan.

Seperti biasa, Apple hanya mempatenkan sahaja fungsi ini buat masa ini, dan tidak mustahil untuk kita melihatnya diimplementasikan pada masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempaten Teknologi Menghalang Penggunaan Kamera Di Beberapa Lokasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info