Seperti desas-desus sebelum ini, hari ini Apple secara rasminya memperkenalkan sokongan pembantu maya pintar mereka, Siri untuk pengguna desktop, macOS. Melalui Siri pada macOS, pengguna boleh membuat pelbagai perkara dengan mudah – dan membawa penggunaan Siri setapak lebih berbanding hanya pada peranti mudah-alih.
Siri pada macOS boleh membuat pelbagai carian, termasuk membuat carian dokumen pada komputer, carian web, membuat pelbagai arahan seperti pada peranti mudah-alih, dan pada masa yang sama mengintegrasikan hasil carian terus kepada pusat notifikasi.
Siri pada macOS hadir melalui versi Sierra yang ditawarkan kepada pembangun bermula hari ini. Versi akhir dijangka ditawarkan kepada pengguna umum seluruh dunia sekitar bulan September kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pembantu Maya Pintar, Siri Akhirnya Hadir Ke macOS"