Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Memperkenalkan Xbox Bersaiz Kompak – Xbox One S

Microsoft hari ini telah mengambil pentas utama di E3 2016, dan memperkenalkan konsol terbaru dibawah keluarga Xbox One, iaitu Xbox One S. Ia membawakan rekaan seperti yang tertiris sebelum ini, dimana bersaiz lebih kompak berbanding Xbox One.

Xbox One S

Microsoft mengatakan Xbox One S kecil 40% berbanding dengan Xbox One asal, dan pasa masa yang sama turut mengintegrasikan bekalan kuasa didalamnya. Xbox One S ini boleh di dirikan atau diposisikan seperti biasa ketika ingin memainkannya.

Xbox One S juga turut menawarkan sokongan memainkan kandungan 4K, dan pada masa yang sama kini menyertakan sokongan IR Blaster.

Microsoft turut memperkenalkan alat kawalan baru bersama-sama Xbox One S ini, dimana ia hadir dengan rekaan bertekstur untuk memberikan lebih keselesaan ketika memegangnya, dan pada masa yang sama menawarkan kebolehan menggunakan alat kawalan tanpa wayar pada jarak dua kali ganda berbanding sebelumnya. Alat kawalan ini turut hadir dengan sokongan Bluetooth untuk dihubungkan ke peranti Windows 10.

Microsoft akan menawarkan Xbox One S dibeberapa pasaran terpilih pada harga bermula $299 (~RM1220).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Memperkenalkan Xbox Bersaiz Kompak – Xbox One S"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info