Sembang Maniac

Sembang-sembang je

KA Lite – Membolehkan Anda Mengakses Kandungan Dari Khan Academy Tanpa Perlukan Talian Internet

Bagi anda yang mengemari melalui pembelajaran melalui atas-talian, portal Khan Academy merupakan sesuatu yang tidak asing lagi. Melalui portal Khan Academy, ia menawarkan akses percuma kepada pelbagai topik pembelajaran, daripada matematik, sains, sejarah dan banyak lagi.

KA LiteWalaupun ia sangat menarik, namun salah satu kekangan yang mungkin dialami oleh penggunanya – terutama di luar bandar adalah akses internet untuk menggunakannya. Bagi mengatasi masalah berkenaan, salah satu perisian yang boleh membantu adalah KA Lite.

KA Lite merupakan perisian percuma yang memberikan pengalaman penggunaan seperti pada laman Khan Academy – termasuk akses kepada video, latihan dan juga kebolehan memantau prestasi tanpa perlukan talian internet.

Walaupun ia boleh digunakan tanpa talian internet, namun, untuk permulaan, pengguna masih perlu memuat-turun pelbagai kandungan daripada Khan Academy – tetapi kemudiannya boleh mengakses ia berulang-kali tanpa talian internet.

Bagi anda yang mengajar sesuatu kelas, boleh turut menggunakan KA Lite ini untuk dikongsikan dikalangan pelajar dibawah satu rangkaian – dan hanya memerlukan anda memuat-turun sekalinya tetapi diakses oleh ramai pelajar.

Anda boleh memuat-turun KA Lite ini secara percuma untuk Windows, Mac dan juga Linux.

Muat-Turun KA Lite



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "KA Lite – Membolehkan Anda Mengakses Kandungan Dari Khan Academy Tanpa Perlukan Talian Internet"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info