Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) MacBook Pro 2016 Akan Dilengkapi Touch ID Dan Butang Kekunci OLED

Sebelum ini ada kami laporkan Apple mungkin membenarkan komputer MacBook dinyahkunci menerusi sistem TouchID pada iPhone. Kini muncul ura-ura yang lebih menarik mengenai MacBook Pro 2016. Apple dikatakan bakal meletakkan sistem TouchID pada MacBook terbaru mereka. Ini akan menjadikannya model pertama yang menyokong imbasan cap jari di dalam sejarah komputer riba mereka.

iPhone MacbookPada waktu yang sama kekunci function akan digantikan pula dengan skrin sesentuh OLED. Ini juga tidak pernah dilakukan oleh Apple sebelum ini. Jualan komputer riba MacBook masih lagi sihat tetapi dengan dua inovasi ini Apple akan membuatkan produk mereka menjadi lebih unik dan bukannya mengikut pesaing seperti yang terjadi pada iPhone. Kepada peminat MacBook Pro, adakah anda merasakan pengenalan dua sistem ini akan membuatkan anda membeli iterasi terkini komputer riba ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) MacBook Pro 2016 Akan Dilengkapi Touch ID Dan Butang Kekunci OLED"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info