Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Dua Model Baru Xbox One Akan Diumumkan Di E3

Perang konsol generasi semasa dimenangi dengan mudah oleh Sony PlayStation 4. Spesifikasi yang kurang berkuasa dan jumlah permainan eksklusif yang sedikit ialah antara penyumbang kepada kegagalan Xbox One. Satu-satunya benua dengan jumlah pengguna Xbox One yang tinggi ialah Amerika Syarikat. Di negara lain seperti Jepun, jumlah jualannya lebih rendah berbanding konsol lama seperti PlayStation 3. Bagi memastikan mereka tidak terus dibantai oleh Sony, Microsoft dilaporkan akan melancarkan dua konsol Xbox One baru di acara E3 tahun ini.

xbox one slim 1Model pertama ialah Xbox One Mini yang mengekalkan spesifikasi konsol asal tetapi dengan rekaan yang lebih kompak. Model kedua pula Xbox One dengan spesifikasi lebih tinggi. Ini  ialah jawapan Microsoft kepada PlayStation Neo/4K yang turut dipercayai sedang dibangunkan Sony. Kedua-dua konsol juga dipercayai dapat memuat turun aplikasi permainan dari Windows Store kerana menggunakan sistem operasi Windows 10 yang diubahsuai . Strategi yang menarik dari Microsoft. Sebagai penduduk Malaysia kita hanya mampu melihat kerana konsol ini pastinya tidak akan dilancarkan secara rasmi di negara kita.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Dua Model Baru Xbox One Akan Diumumkan Di E3"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info