Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PayPal Menamatkan Sokongan Aplikasi Mudah-Alih Untuk BlackBerry Dan Windows Phone

Platform BlackBerry dan Windows Phone baru-baru ini memperlihatkan penggunaan dibawah 1% membuatkan ramai pembangun yang tidak ingin membazirkan wang untuk membangunkan aplikasi untuknya. Terkini, PayPal telah pun mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan aplikasi mudah-alih PayPal untuk Windows Phone dan juga BlackBerry.

PaypalPayPal yang terkenal dengan kemudahan pembayaran pada web dan juga aplikasi mudah-alih ini akan menamatkan sokongan mereka untuk Windows Phone dan BlackBerry pada 30 Jun kelak. Selepas tarikh berkenaan, aplikasi berkenaan tidak boleh digunakan pada platform berkenaan.

Walaubagaimanapun, pengguna pada kedua-dua platform berkenaan masih boleh membuat penghantaran duit menggunakan pelayar web yang hadir terbina padanya, ataupun turut menggunakan alternatif lain – sebagai contoh penghantaran wang melalui BBM pada BlackBerry 10 yang dijana menggunakan PayPal, dan melalui pemalam Edge atau Outlook.com pada Windows Phone.

Sebelum ini, WhatsApp turut telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk BlackBerry, dan mungkin lebih ramai pembangun akan mengurangkan fokus pembangunan untuk kedua-dua platform ini pada masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PayPal Menamatkan Sokongan Aplikasi Mudah-Alih Untuk BlackBerry Dan Windows Phone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info