Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 3 Dijangka Hadir Dengan Skrin 5.5-inci, Cip Snapdragon 820 Dan Kamera 16-Megapixel

Tidak lama sebelum ini, gambar untuk OnePlus 3 telah sedia tertiris di arena web, dan hari ini @evleaks sekali lagi berkongsi maklumat awal berkenaan dengan peranti berkenaan – iaitu spesifikasi yang bakal dibawakan olehnya.

OnePlus 3

OnePlus 3 ini dikatakan akan menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080p. Ia menawarkan saiz skrin yang lebih kurang sama seperti OnePlus 2 sebelum ini, tetapi kali ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, dan ruangan storan bersaiz 16-megapixel pada bahagian belakang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah OnePlus 3 akan dilancarkan secara rasminya. Memandangkan gambarnya telah pun tertiris, selain pihak OnePlus sendiri telah memulakan promosi untuknya dengan pemberian set realiti-maya percuma – mungkin kita boleh melihat ia diumumkan dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 3 Dijangka Hadir Dengan Skrin 5.5-inci, Cip Snapdragon 820 Dan Kamera 16-Megapixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info