Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MSI Akan Memperlihatkan Komputer Boleh-Galas Untuk Realiti-Maya – MSI Backpack PC

Pada minggu hadapan, acara Computex 2016 akan berlangsung di Taiwan yang bakal memperlihatkan pelbagai produk perkomputeran diperkenalkan dan diperlihatkan. MSI kini memberi teaser awal untuknya, dan mengatakan akan memperlihatkan komputer boleh-galas pada acara berkenaan.

MSI Backpack PCKomputer boleh-galas ini disasarkan kepada mereka yang meminati arena realiti-maya dan ingin menikmati realiti-maya sambul bergerak tanpa perlu terikat dengan pelbagai kabel yang bersambung kepada palam kuasa.

MSI Backpack PC ini akan dilengkapi dengan cip Intel Extreme Core i7 dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX980. Melaluinya, MSI menjanjikan pengalaman realiti-maya yang baik tanpa gangguan ketika ingin bergerak.

MSI bakal memperlihatkannya pada minggu hadapan dimana kita akan dapat melihatnya dengan lebih dekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MSI Akan Memperlihatkan Komputer Boleh-Galas Untuk Realiti-Maya – MSI Backpack PC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info