Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MotoMods – Aksesori Modular Untuk Lenovo Moto Z Tertiris

Lenovo Moto Z akan dilancarkan secara rasmi 9 Jun hadapan dan gambarnya sudah beberapa kali tertiris bersama dengan spesifikasi. Kini aksesori modular Moto Z tertiris dan ia dikenali sebagai MotoMods. Tiga aksesori yang tertiris ini kelihatan seperti modul kamera, bateri dan tetongkat terbina. Panel belakang Moto Z mempunyai sambungan seakan Smart Connector Apple dan MotoMods akan dihubungkan kepada peranti menggunakan sambungan ini.

MotoMods-LENOVO-Moto-Z-1

Aksesori modular kali pertama dilihat pada Project Ara. Peranti modular pertama yang boleh dimiliki pengguna ialah LG G5 yang hadir awal tahun ini. Lenovo nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan peranti dengan komponen modular. Persoalan yang harus dijawab ialah adakah permintaan untuk peranti seperti ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MotoMods – Aksesori Modular Untuk Lenovo Moto Z Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info