Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Xiaomi Mi Drone, Pebble Core, Spotify Family

Seperti setiap minggu, pada minggu ini beberapa peranti turut telah dilancarkan pada peringkat global, termasuk salah satunya adalah ZTE Axon 7 yang bakal menerima kemaskini Android N dan turut akan menyokong platform realiti-maya Google, iaitu Daydream.

Selain itu, ZTE turut memperkenalkan peranti VR mereka tersendiri, iaitu ZTE VR. Xiaomi turut mencuri perhatian pada minggu ini dengan mengumumkan dron pertama mereka yang hadir dengan sokongan rakaman 4K dan mampu terbang selama 27 minit secara berterusan.

Pebble yang memulakan penawaran mereka melalui Kickstarter kembali sekali lagi ke perkhidmatan berkenaan, dan telah memperkenalkan Pebble 2, Pebble Time 2 dan juga Pebble Core.

Dalam arena web, Twitter telah mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan mengira penggunaan nama pengguna dan penyertaan media dalam kiraan had 140 aksara.

Spotify turut tidak ketinggalan pada minggu ini dan telah mengemaskini penawaran penstriman muzik untuk 6 akaun pada harga yang lebih rendah berbanding sebelumnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Xiaomi Mi Drone, Pebble Core, Spotify Family"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info