Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ireland No 1 Negara Paling Islamik Di Dunia, Malaysia Ke 33

Hossein Askari, seorang ahli politik dan pakar bisnes antarabangsa di Universiti George Washington, AS, melakukan sebuah kajian yang sangat unik.

Ireland No 1 Islamik In The World

Hossein melakukan kajian untuk mengetahui di negara manakah di dunia ini nilai-nilai Islam paling banyak diaplikasikan.

Hasil kajiannya meliputi 208 negara itu ternyata sangat mengejutkan kerana tiada satu pun negara Islam menduduki kedudukan 25 teratas.

Bukan Arab Saudi. Bukan Palestin. Bukan Malaysia. Bukan Indonesia. Bukan Brunei. Tapi Ireland?

Relevankah kajian ini?

London: Seorang ahli akademik Amerika Syarikat kelahiran Iran menganggap Ireland negara paling Islamik di dunia.

Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) baru-baru ini, Profesor Perdagangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti George Washington itu berkata, Denmark, Sweden dan United Kingdom menyusuli Ireland.

Menurut Hossein, kajian yang dilakukan bersama rakannya Dr Scheherazde S Rehman juga mendapati Israel berada di tangga ke-27 senarai negara yang melaksanakan nilai yang terdapat dalam al-Qur'an, berbanding negara yang ramai penduduk Islam.

Tidak ada satu pun negara yang mempunyai majoriti penganut Islam berada di 25 tempat teratas senarai itu dan tidak ada negara Arab termasuk dalam senarai 50 teratas.

Katanya, apabila ‘indeks keislaman’ mereka diguna pakai, hanya Malaysia (33) dan Kuwait (42) sebagai negara Islam tersenarai dalam 50 negara teratas.

Amerika Syarikat menduduki tangga ke-15, Belanda juga di tempat ke-15 dan Perancis, 17.

Saudi berada di kedudukan ke-91 dan Qatar, 111.

Dalam menjalankan kajian itu, kedua-dua penyelidik mengguna pakai kesempurnaan dalam Islam terhadap pencapaian ekonomi masyarakat, pentadbiran, hak asasi manusia dan politik serta hubungan antarabangsa sesebuah negara.

“Dalam indeks itu, pencapaian negara Islam amat buruk,” katanya sambil menuduh negara berkenaan mengguna agama sebagai alat untuk berkuasa.

Hossein berkata, “Kami perlu menegaskan bahawa kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Islam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun. Mereka pada hakikatnya tidak ‘Islamik’ dalam semua perkara.

“Melihat kepada indeks Keislaman Ekonomi atau bagaimanapun hubungan rapat antara dasar dan pencapaian sesebuah negara menggambarkan ajaran ekonomi Islam - Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway dan Belgium menduduki tempat 10 teratas.

“Dalam ‘Indeks Keislaman Menyeluruh,’ ukuran yang meliputi undang-undang dan pentadbiran, hak asasi manusia dan politik, hubungan antarabangsa serta faktor ekonomi, senarai itu tidak banyak berubah dengan New Zealand, Luxembourg, Ireland, Iceland, Finland, Denmark, Kanada, United Kingdom, Australia dan Belanda berada di 10 tempat teratas.

Dan sekali lagi, hanya Malaysia (38) dan Kuwait (48) menduduki kelompok 50 teratas dalam kalangan negara Islam. -Hmetro

Tiadakah arak di Ireland? Ada.

Kilang arak bukan faktor utama yang mempengaruhi kedudukan Malaysia. Jika kilang arak ialah sebab utama, kenapa Arab Saudi pun kalah dibandingkan dengan Malaysia.

Di Malaysia, polemik kilang arak adalah disebabkan;

1. Diluluskan oleh orang melayu + islam atas nama menjana keuntungan.

2. Dibiarkan tanpa pengawasan dengan membiarkan arak-arak tersebut dijual secara berleluasa tanpa kawalan.

3. Pemilik sahamnya juga ada yang dimiliki oleh orang-orang islam.

Arak digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai. Memang la orang marah. Kalau nak penuhi hak orang-orang bukan islam minum arak, boleh aje.

Tiada masalah, yang penting dibuat peraturan-peraturan tertentu yang menjamin juga hak-hak mereka yang tak minum arak.

Mengenai laporan di atas;

1. Yang membuatkan Irealand no 1 adalah disebabkan stuktur pentadbiran negara, pengurusan ekonomi dan kebajikan sosial.

2. Ireland, UK, Denmark dan Sweden memang terkenal sebagai negara yang hak asasi rakyat mereka seringkali diutamakan.

Seseorang tidak akan dihukum hanya kerana tidak mempunyai idelogi politik yang menyokong kerajaan.

Anda bebas mendakwa, mengkritik, bercakap, lantang bersuara, berdemo berhari-hari lamanya tanpa menganggu urusan orang awam jika merasakan kerajaan mereka kejam dalam satu-satu polisi yang perkenalkan oleh kerajaan.

3. Kadar rasuah juga sangat kurang di negara-negara tersebut.

4. Rakyat dinilai berdasarkan 3 perkara utama; merit, kerajinan dan usaha.

5. Rakyat mereka juga kurang mengamalkan sikap diskriminasi meskipun pada pendatang asing.

6. Seseorang diiktiraf berdasarkan kepada bakat dan usaha, idea dan plan yang strategik. Bukannya ikut kaum jauh sekali agama. Pernah tengok dokumentari Islam di UK.

Pengalaman orang-orang Islam Malaysia yang hidup di UK, memang best tengok. Tiada diskriminasi jauh sekali racist.

Hitam, putih, gemuk, kurus, bangsa apa, agama apa semua diterima seadanya. Di Malaysia lain gayanya. Yang jongang pun kena ejek dalam drama. Hadoi..

7. Menariknya juga laporan di atas, Malaysia lebih baik dari Arab Saudi. Orang-orang kita kan suka sangat agungkan Arab Saudi.

Padahal Arab Saudi dulu bukanlah Arab Saudi yang sekarang. Dalam semua peringkat ujian keislamikkan;

a. Mengamalkan nilai-nilai Islam sejajar dengan apa yang digariskan oleh Alquran = Malaysia 33

b. Indeks keislaman menyeluruh = Malaysia 38

Kita tak semestinya perlu mahir berbahasa arab bagi menjadi seorang muslim yang baik.

Juga tak perlu berserban bagai semata-mata mahu dianggap lebih Islamik berbanding orang lain.

Tahniah dan terbaik buat Ireland.

Fikir-fikirkanlah..

BACA INI JUGA: Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ireland No 1 Negara Paling Islamik Di Dunia, Malaysia Ke 33"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info